Search
Close this search box.
Barangan yang dirampas sebagai bahan bukti kes. Foto: IPD Meradong

Rakan cedera ditembak, lelaki ditahan bersama senapang patah di Bintangor

BINTANGOR, 14 Okt: Seorang lelaki ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian tembak yang mengakibatkan rakannya cedera di kawasan tanah paya bersemak Jalan Hock Kong di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, suspek berusia 43 tahun itu bersama senjata api berkaitan.

Turut dirampas katanya, selaras senapang patah, tiga butir peluru penabur, sebutir kelongsong peluru, sehelai kemeja-T lengan panjang warna hitam kelabu, sehelai seluar trek panjang warna putih, sebuah buku lesen memiliki senjata dan peluru.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu, Polis Meradong menerima laporan seorang pegawai perubatan berhubung kecederaan yang dialami seorang lelaki ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan dan Trauma Hospital Sarikei.

Selepas membuat pemeriksaan susulan ke atas lelaki itu katanya, pegawai perubatan mendapati mangsa berusia 55 tahun luka pada bahagian paha sebelah kanan dan kaki sebelah kiri disyaki terkena peluru.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan masyarakat Meradong tidak membeli, mengguna atau memiliki senjata yang boleh digunakan sebagai sama ada buatan sendiri atau senjata api sebenar tanpa permit.

“Pihak polis tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Senjata Api 1960 atau Akta Senjata Api 1971 iaitu hukuman penalti lebih berat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan