Search
Close this search box.
Syahrullah Safri (tengah), Hazrullah Safri (kanan) dan Sunny Jong (kiri) menunjukkan replika cek dan piala yang dimenangi mereka. Foto: TVS

Pasangan kembar tampil juara, naib juara Sadong Coastal Road Run 2023

SADONG JAYA, 14 Okt: Pasangan kembar, Syahrullah Safri dan adiknya Hazrullah Safri merangkul gelaran juara dan naib juara acara larian Sadong Coastal Road Run 2023 bagi kategori 10 km lelaki, di sini pagi tadi.

Masing-masing mereka,25, berkerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat penghantar barang terkemuka itu berjaya menghabiskan dengan catatan masa 38 dan 41 minit.

Sering bersaing antara satu sama lain dalam kesemua acara larian yang disertai mereka, pasangan kembar yang lahir 19 Mei 1997 itu giat menyertai acara larian yang dianjurkan di seluruh negara.

“Minggu lalupun kami bersaing di Sibu Jaya. Sebelum di Sibu Jaya, kami bersaing di KL. Sebelum di KL kami bersaing di event (acara larian) di Sarikei.

“Esokpun kami akan bersaing di event (acara larian) di Saratok” kata Hazrullah Safri.

Mereka juga merupakan anggota Kumpulan Haollian yang terdiri dari hampir 20 pelari aktif di sekitar Kuching dan sering terlibat dalam acara Maraton termasuk yang terbaharu iaitu Kuching Marathon 2023.

Menariknya dalam acara lari pagi tadi tempat ketiga turut dimenangi oleh salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Sunny Jong, 28, dengan catatan masa 44 minit

Manakala tiga kategori dipertandingkan dalam acara larian pagi tadi iaitu 10 km lelaki dan wanita, 5 km lelaki dan wanita serta kategori 3 km Fun Run khas untuk penduduk Sadong Jaya.

Johan bagi kategori 10 km lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang wang tunai RM 800, Naib Johan RM 600 dan tempat ketiga RM 500.

Dalam pada itu, acara pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak Iszuan Haroni dan Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan