Search
Close this search box.
Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri (kiri) dan Dato’ Mancha Ata. Foto: PDRM

Mohd Azman Pengarah JSPT Bukit Aman, Mancha Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 14 Okt: Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkuat kuasa 13 November.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Deputi Komisioner Alzafny Ahmad menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, Timbalan Pesurujaya Polis Sarawak Dato’ Mancha Ata akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Pertukaran turut membabitkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang akan bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Mereka merupakan antara 24 pegawai kanan PDRM yang terbabit dalam pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan