Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Foto fail: TVS

Dr Sim dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING, 14 Okt: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima darjah kebesaran sempena Hari Jadi Ke-87, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar.’

Senarai penerima diedarkan kepada media pada Jumaat.

Ini disusuli dengan sembilan orang penerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’.

Mereka ialah Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Penerima anugerah sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas Tan Sri Sulong Matjeraie, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Mohd Naroden Majais, Datu Abdul Ghafur Shariff dan Dr Qamarul Naim Mohd Faizal.

Seramai 12 orang penerima dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) dengan dua daripadanya PGBK (Kehormat) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Aidel Lariwoo serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang.

Penerima anugerah sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Martin Ben, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Razi Sitam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili serta Jawan Empaling.

Manakala anugerah PGBK (Kehormat) diberikan kepada Khalid Ghanim Mohammed Alghaith (Kedutaan Emiriah Arab Bersatu di Malaysia) dan Dr Merve Kavakci.

Sebelas penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ masing-masing Hasmawati Sapawi, Azmi Bujang, Felicia Tan, Lester Matthew, Richard Tajan, Elean Masa’at, Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Khalid Ibrahim, Dr Adrian Susin Ambud, Wong Hee Sieng dan Chiew Chee Yau.

Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ dianugerahkan kepada kepada 21 penerima.

Antaranya, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, Setiausaha Persekutuan Sarawak Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Mohamad Trang Isa, Abdul Rahman Sebli Logo, Abang Shamsuddin Abang Seruji, Mohamad Ibrahim, Mejar Jeneral Hassan Embong dan Abang Affendi Abang Annuar.

Turut menerima anugerah sama, Halmi Hazmi, Dr Sadiah Abdul Samat, Dr Kalwinder Singh Khaira, Syed Mohd Hussain Wan Abdul Rahman, Dr Yeo Tiong Chia, Temenggong Harrison Lading Lunsa; Leftenan Kolonel (B) Anwar Basha Khan Zakaria, Janin Girie, Alhadi Ibrahim dan Abang Noordin Abang Zainuddin.

Sementara itu, Johan Bintang Sarawak (JBS) dianugerahkan kepada dua penerima, Johan Bintang Kenyalang (JBK) (lima), Johan Perkhidmatan Cemerlang (dua), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (19), Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (36), Pegawai Bintang Sarawak (51), Pegawai Bintang Kenyalang (105), Pingat Perkhidmatan Bakti (182), Ahli Bintang Sarawak (196), Ahli Bintang Kenyalang (124), Pingat Perkhidmatan Terpuji (372) dan Bentara Bintang Sarawak (299). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan