Search
Close this search box.
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik.

Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bukti keprihatinan kerajaan terhadap peminjam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pemberian diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik.

“Sebagai sebuah kerajaan Malaysia MADANI yang bersifat ihsan, peduli, berkasih sayang dan merasai keperitan rakyat, kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024.

“Sehubungan itu, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Berdasarkan Belanjawan 2024, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman itu yang bermula hari ini hingga 31 Mac 2024.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rami PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi careline PTPTN di 03-2193 3000, live chat, e-Aduan di http://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan