Search
Close this search box.
Dr Dzul Hazwan Husaini ditemui TVS di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Kota Samarahan

Akaun fleksibel KWSP, pembaharuan sistem – Pakar

Kuching, 14 Okt: Langkah memperkenalkan akaun fleksibel bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan sebagai pembaharuan dalam sistem caruman.

Menurut Pakar Ekonomi, DR Dzul Hazwan Husaini, langkah memperkenalkan akaun fleksibel KWSP tersebut merupakan satu pendekatan yang cukup baik namun masih memerlukan fokus dan penelitian terperinci.

Dr Dzul menambah pelaksanaan untuk membentuk akaun ketiga tersebut, nilai pengeluaran harus bersesuaian dan bertepatan berikutan bimbang akan menimbulkan risiko keselamatan ahli KWSP di masa tua akan terjejas.

“Saya sarankan akaun yang ketiga ini mungkin nilainya haruslah lebih sesuai.

“Kalau terlalu tinggi ia akan menyebabkan masalah keselamatan ahli dimasa tua nanti terganggu.

“Kita harus munasabah dari keadaan ini dan saya pasti jumlahnya daripada kita sendiri dari caruman majikan.

“Kalau boleh kerajaan fikirkan mungkin bahagian caruman sendiri itu hanya untuk akaun 3 tetapi dengan peratusan yang sangat minimumlah untuk keperluan mungkin 2-3 bulan untuk kelangsungan hidup dan untuk perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Kota Samarahan pada Sabtu.

Terdahulu, Akaun Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan distruktur semula dalam usaha memperkasa simpanan persaraan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam belanjawan 2024, akaun fleksible KWSP akan diperkenalkan dan boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan