Search
Close this search box.
Seramai 210,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman melebihan kadar berkanun bagi caruman pekerja. Foto Bernama.

Belanjawan 2024: Akaun Fleksibel KWSP boleh diakses bila-bila masa

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Belanjawan 2024: Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu.

Belanjawan 2024 turut menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri KWSP masing-masing ditingkatkan pada tahun hadapan.

Menurutnya, bantuan itu dapat dipertingkat dan dimanfaat bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan berikutan hasil daripada sebahagian pendapatan yang diraih menerusi penjualan nombor plat khas.

Beliau berkata had caruman bagi program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup manakala had caruman padanan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

“Selain itu, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah juga akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta yang memanfaatkan lebih 40,000 suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah belanjawan kedua dibentangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran lesen ujian memandu bagi motosikal kelas B2 e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Beliau berkata sebanyak 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak dibekalkan bagi agihan secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

“Bagi Ikhtiar FLYsiswa, iaitu subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan untuk pulang ke kampung, akan diteruskan pada tahun hadapan yang memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan penambahbaikan program perlindungan sosial termasuk kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan dipertingkat kepada 90 peratus melibatkan peruntukan RM100 juta manakala syarikat pengendali diseru menanggung baki 10 peratus caruman pekerja gig.

Beliau berkata kerajaan akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000 yang menyaksikan peningkatan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan