Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail TVS

Polis Marin buat rampasan RM186 juta dalam lapan bulan tahun ini

GEORGE TOWN, 12 Okt: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani 4,995 kes membabitkan rampasan RM186 juta menerusi operasi di seluruh negara dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan itu membabitkan rampasan dadah, rokok dan minuman keras yang mencerminkan keberhasilan yang cekap pasukan itu.

“Apabila komitmen berterusan dan mempunyai integriti yang tinggi, kejayaan ini pasti akan kita dapat tingkatkan lagi.

“Saya pasti fokus perkhidmatan berteraskan integriti dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan melalui usaha PPM,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dan Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner (ACP) Shamsol Kassim.

Sementara itu, dalam ucapannya, Razarudin berkata, perkhidmatan pasukan itu akan lebih mantap dengan penambahan projek dan aset baharu tidak lama lagi.

“Projek dijangka siap Januari depan ialah Pembangunan Markas PPM Wilayah 3 di Tok Bali, Kelantan bernilai RM75 juta dan Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan di Pulau Mabul, Sabah bernilai RM45.5 juta.

“Selain itu adalah perolehan 10 buah bot Police Strike Craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin bernilai RM32.8 juta serta dua buah kapal pengangkut kelas Police Transport Vessel bernilai RM197.7 juta dan lima buah bot ronda kelas Fast Patrol Craft bernilai RM99.9 juta menerusi Rancangan Malaysia ke-12,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan