Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat Majlis Perbadanan Agama berhubung permintaan perintah untuk membubarkan Persekutuan Keluarga untuk Keamanan dan Penyatuan Dunia, yang dikenali sebagai Gereja Penyatuan, diadakan di Tokyo pada 12 Oktober 2023. Foto: AFP

Kerajaan Jepun mohon perintah mahkamah bubarkan Gereja Penyatuan

ByAmirah Shawel

TOKYO, 12 Okt: Kerajaan Jepun berhasrat untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membubarkan Gereja Penyatuan yang berada di bawah penelitian ketat sejak pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, hari ini.

Perdana Menterinya, Fumio Kishida pada tahun lalu telah mengarahkan siasatan terhadap mazhab itu selepas terbongkar bahawa pembunuh Abe didakwa didorong oleh kebencian terhadap kumpulan itu.

Gereja itu telah dituduh menekan pengikutnya untuk membuat derma yang besar dan didakwa pengabaian kanak-kanak dalam kalangan ahlinya.

Menteri Pendidikan, Masahito Moriyama berkata Kerajaan Jepun berhasrat untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi pembubaran di bawah Undang-Undang Perbadanan Agama.

“Jika dibubarkan, gereja akan kehilangan statusnya sebagai organisasi yang dikecualikan cukai tetapi masih dibenarkan untuk meneruskan amalan keagamaannya,” katanya.

Kementerian akan membuat keputusan rasmi untuk mendapatkan perintah mahkamah selepas panel itu menamatkan mesyuaratnya.

Kerajaan bercadang untuk memfailkan permohonan itu ke Mahkamah Daerah Tokyo seawal Jumaat, lapor media tempatan.

Abe telah ditembak mati pada 8 Julai 2022 ketika memberi ucapan kempen di wilayah Nara Barat.

Suspek, Tetsuya Yamagami, dikatakan membenci mazhab berkenaan disebabkan sumbangan besar yang dibuat ibunya kepada Gereja Penyatuan sehingga menyebabkan keluarganya bangkrap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan