Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan dua kenderaan yang mengorbankan pasangan kembar di Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, Pasir Salak dekat Ipoh, semalam. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Gagal memotong, dua beradik kembar maut nahas jalan raya

IPOH, 12 Okt: Pasangan kembar terkorban apabila kereta dinaiki mereka terlibat nahas jalan raya dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang di Pasir Salak dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa wanita yang masing-masing berusia 33 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan kaki.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian itu berlaku ketika kereta dari arah Tanjung Tualang menuju Kampung Gajah dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan.

Katanya, kereta dinaiki mangsa kemudiannya telah bertembung dengan SUV yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah.

“Pemandu dan penumpang SUV hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata, pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Muhammad Aizat Abdullah di talian 05-3712 222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, usaha mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan