Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bo Lingam. Foto AirAsia

AirAsia tawar diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang MYAirline terjejas

ByDayu Adruce

KUCHING, 12 Okt: Airasia tampil menawarkan tawaran istimewa kepada penumpang MYAirline yang terjejas berikutan syarikat penerbangan tambang murah itu mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober.

Menerusi kenyataan hari ini, AirAsia menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang asas secara eksklusif kepada penumpang MYAirline berkuat kuasa serta merta.

“Tawaran istimewa ini terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabaku-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November 2023,” ujarnya.

Bagi menebus tawaran tersebut, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline yang disahkan di Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, pihaknya bersimpati dengan semua penumpang MyAirline yang terjejas dan nasib kakitangan mereka.

“Kami berharap diskaun 50 peratus ini akan membantu penumpang yang terjejas dalam membuat pengaturan perjalanan baharu, menggunakan sepenuhnya rangkaian penerbangan kami yang meluas ke semua destinasi utama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihaknya berbesar hati untuk mengambil individu yang layak dan berkelayakan daripada MyAirline yang bersedia untuk menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka kepada pasukan AirAsia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan