Search
Close this search box.
Lima nelayan warga Myanmar ditahan selepas didapati menangkap ikan di perairan negara dekat George Town semalam. Foto: APMM

Remaja 15 tahun antara 5 nelayan Myanmar ditahan ceroboh perairan negara

ByTVS

GEORGE TOWN, 11 Okt: Seorang remaja berusia 15 tahun antara lima nelayan warga asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas didapati menangkap ikan menggunakan bot nelayan tempatan (BNT) di perairan negeri ini semalam.

Bot berkenaan dikesan pasukan operasi yang menggunakan Kapal Maritim (KM) Sikuati di kedudukan 17.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, ketika serbuan, nelayan terbabit didapati sedang menangkap ikan di atas bot Kelas C.

Menurutnya, KM Sikuati yang menghampiri BNT tersebut bagi melakukan pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati lima kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Myanmar berada di atas bot.

“Kru yang berumur antara 15 hingga 44 tahun itu didapati tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kru terbabit direman selama 14 hari bermula hari ini selain bot turut disita bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit atau pas yang sah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan