Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong. Foto fail: Bernama.

LPPSA: Kaedah penjadualan semula bayaran balik bantu kurangkan beban peminjam

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kaedah penjadualan semula bayaran balik pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dilihat lebih membantu peminjam berbanding pemberhentian bayaran balik sehingga rumah siap.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong memaklumkan perkara ini disebabkan oleh bayaran ansuran yang tertangguh akan menjadi terkumpul dan menyebabkan bayaran balik bulanan selepas rumah siap akan menjadi besar dan membebankan peminjam kelak.

“Pelanjutan tempoh bayaran balik pula akan menjejaskan perlindungan takaful atau insurans gadai janji peminjam yang mendedahkan kepada pengurangan jumlah bayaran tuntutan pampasan kematian dan keilatan berbanding baki pembiayaan sekiranya peminjam meninggal dunia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ketereh yang minta kementerian menyatakan sama ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh memberhentikan sementara pemotongan gaji sementara menunggu projek perumahan yang tidak siap disambung kembali.

Menjelas lanjut, beliau memaklumkan sekiranya projek perumahan tersebut lewat siap dan telah disahkan sebagai projek terbengkalai atau sakit oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah dan Sarawak (KKTP) selepas tamat tempoh tangguh tersebut, LPPSA masih boleh membantu melakukan penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah sekitar 20 peratus hingga 40 peratus daripada ansuran bulanan asal sehingga tempoh lima tahun atau sehingga projek rumah dipulihkan, yang mana lebih terdahulu.

“Bantuan penjadualan semula bayaran balik ini telah memanfaatkan seramai 1,187 peminjam dari tahun 2016 sehingga kini namun tiada rekod di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) bagi permohonan dan kelulusan penjadualan semula bayaran balik bagi tahun 2015 dan ke bawah.

“Bagi pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan, peminjam boleh menikmati tempoh penangguhan (grace period) selama 24 bulan bagi pembinaan rumah atas tanah dan 36 bulan bagi pembinaan rumah bertingkat (high rise), atau sehingga pengeluaran bayaran kemajuan perumahan kepada pemaju mencecah 95 peratus yang mana lebih terdahulu,” tambahnya.

Menjawab kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Who mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan penjawat awam berisiko terjebak dengan pembelian projek perumahan yang tidak siap dan terbengkalai, Steven menjelaskan kementerian tidak meluluskan pinjaman bagi pembelian di bawah pemaju perumahan yang telah disenaraihitam oleh KPKT.

“Kelulusan hanya diberi kepada pembiayaan pemaju perumahan yang mempunyai lesen pemajuan perumahan dan premit iklan yang diluluskan oleh KPKT. Kita akan membuat semakan silang maklumat pemajau dari pangkalan sistem KPKT melalui sistem Housing Integrated Housing Management System,” tambahnya.

Ujarnya, LPPSA juga bertanggungjawab untuk memastikan kesinambungan kemudahan pembiayaan perumahan kepada semua penjawat awam yang layak melalui kutipan bayaran balik yang kita laksanakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan