Search
Close this search box.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. Foto: AFP

Lebih 5,000 rakyat Thailand mahu pulang ekoran konflik Palestin-Israel semakin memuncak

ByBernama

BANGKOK, 11 Okt: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak.

Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel.

“Beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, telah pun dipindahkan ke zon selamat. Mereka akan tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.

Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat penerbangan komersial untuk menghantar pulang lebih ramai warga Thailand.

Beliau berkata kumpulan pertama dijangka tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 10.35 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, manakala kumpulan kedua dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Don Mueang pada 4.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan