Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak telah menyerahkan kertas cadangan untuk menambah wakil negeri di Dewan Rakyat sehingga 35 peratus kepada Kerajaan Persekutuan. Foto fail: Bernama

Dewan Rakyat lulus RUU LHDN (Pindaan) 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju dengan 16 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bukan keseluruhan kutipan cukai berjumlah RM1.75 bilion oleh LHDN pada tahun lepas dilaburkan sebaliknya kutipan itu diberikan terus kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Apakah yang dilaburkan?… RM175 bilion tahun lepas yang dikutip itu tidak dilaburkan, ia diberikan terus KWAP.

“Mereka (LHDN) dapat hasil yang dikutip untuk fi sebanyak 1.85 peratus. Jumlah 1.85 peratus itu kurang RM3.3 bilion, kos mereka lebih kurang RM2 bilion lebih dan ia adalah baki RM1 bilion atau RM800 atau RM900 juta… itu sebab mereka mahu laburkan dalam bank perdagangan biasa,” katanya.

Beliau berkata kelulusan akta hari ini membolehkan LHDN melanjutkan pelaburan di institusi kewangan islam, pembangunan dan koperasi.

“Pelaburan LHDN dipantau secara terus mesyuarat jawatankuasa kewangan dan pelaburan dipengerusikan anggota LHDN dan pelaksanaan pelaburan LDHN diselia berdasarkan kepada garis panduan yang diluluskan dalam mesyuarat LHDN,” katanya.

Semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, Ahmad berkata Fasal 4 dipinda dengan memperuntukkan menteri dengan serta-merta melantik anggota baharu menggantikan anggota yang telah dibatal perlantikan.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab, membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Selain itu, anggota yang dilantik pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada menteri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan