Search
Close this search box.
Seorang suspek yang ditangkap ketika mencuri kabel TM di Jalan Reservoir, Kuching, baru-baru ini. Foto: PDRM

Dua lelaki ditangkap ketika curi kabel TM

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 9 Okt: Dua lelaki ditangkap ketika sedang mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) pada 3 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek berumur 22 tahun dan 38 tahun di Jalan Reservoir, Kuching.

Katanya, barang yang dirampas dua unit pemotong kabel, satu alat pemotong, gergasi besi, playar, batang besi ‘jack’ kereta, gulung kabel TM yang telah dipotong dan dua motosikal.

“Hasil saringan air kencing didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hasil soal siasat, kedua-dua suspek juga mengaku terlibat dengan empat kes kecurian kabel di sekitar Kuching sejak Jun 2023 dan menjual kabel tersebut di sebuah kedai barang lusuh yang terletak di Batu 16, Jalan Kuching-Serian.

Penjaga premis itu juga ditahan polis bagi membantu siasatan.

Kedua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching di bawah Seksyen 379 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali pada 6 Oktober lepas.

“Polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada masyarakat berkaitan aktiviti kecurian kabel di daerah Kuching dan boleh memberi maklumat di balai polis berdekatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan