Search
Close this search box.
Muhaini Mahmud, 44, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi hari ini. Foto: FB Nurulhidayah Ahmad Zahid

Peserta wanita triathlon di Langkawi meninggal dunia

LANGKAWI, 8 Okt: Seorang peserta acara triathlon di Langkawi yang sebelum ini dilaporkan kritikal apabila tidak sedarkan diri ketika melakukan disiplin renang di Pantai Kok di sini meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Muhaini Mahmud, 44, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini petang tadi.

Berita itu disahkan rakan karib mangsa, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi catatan di laman Facebook.

“Saya kehilangan rakan baik yang tidak pernah terlepas mengucapkan Selamat Hari Jadi pada setiap tahun dan hari lahir saya dua minggu lagi.

“Allah sayangkan kamu Mui (Muhaini). Semoga kamu tenang di taman-taman syurga, Mui kesayangan kami,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur dilaporkan dikejarkan ke HSM kerana disyaki mengalami keletihan semasa melakukan disiplin renang ketika menyertai acara triathlon semalam.

Disiplin itu memerlukan peserta menamatkan renangan sejauh 1.9 kilometer di laut.

Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd itu ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana lemas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari turut mengesahkan dua lagi peserta lelaki dikejarkan ke hospital akibat lemas, namun dilaporkan stabil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan