Search
Close this search box.
Kawasan tanaman padi di Sapa, Vietnam.Sarawak sedang menguji benih padi dari negara berkenaan. Foto Envato.

Benih padi Vietnam diuji Sarawak mampu tuai hasil 240,000 tan – Abang Johari

BySalasiah Safian

BETONG, 8 Okt: Benih padi yang sedang diuji Sarawak mampu mengeluarkan hasil mencecah 240, 000 tan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, tuaian itu dapat dicapai sekiranya benih dari Vietnam itu ditanam di kawasan seluas 100, 000 hektar.

Kata Abang Johari, ini sekali gus mampu memenuhi keperluan dalam negara.

“Mengikut BERNAS (Padiberas Nasional Berhad) kita mengimport sebanyak 154,000 tan beras. Ini bermakna, jumlah (240,000 tan yang mampu ditanam oleh Sarawak) itu sudah lebih.

“Kita boleh mengeluarkan beras yang sedang diuji ini secara skala besar,” ujarnya.

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

Abang Johari berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas Parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong di sini hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

Sebelum ini Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan penanaman padi di Sri Aman yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun.

Sementara itu, Abang Johari yakin adaptasi teknologi baharu dalam bidang pertanian akan membolehkan Sarawak menampung permintaan beras negara.

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

“Perkara ini akan menjadi game changer dalam industri pertanian Sarawak.

“Sebagai percubaan, benih itu ditanam di Gedong,” katanya.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata benih berkenaan akan mengeluarkan hasil selepas tiga bulan dan kadar penghasilan lebih tinggi.

“Kita sudah cuba tanam pada waktu kemarau bermula Julai lepas, namun ia masih mengeluarkan hasil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan