Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Forum Perniagaan dan Keusahawanan 2023 bertemakan Advancing Asia 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak boleh kaji vaksin virus ‘X’ – Premier Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 7 Okt: Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak berkebolehan melakukan kajian vaksin berkaitan virus ‘X’ sebagai langkah Sarawak berjaga-jaga dalam menghadapi ancaman kesihatan baharu seperti yang diumumkan pakar kesihatan dunia baru-baru ini.

SIDC mampu kaji vaksin virus ‘X’ – Abang Johari.

Inisiatif berkenaan kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan dilaksanakan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan gejala baharu tersebut.

“Kita melihat pandangan daripada WHO apakah penyakit itu, adakah dia demam ataupun penyakit yang ada kaitan dengan selsema. Kalau sudah diketahui, barulah kita tahu vaksinnya.

“Dulu kita mempunyai masalah untuk mendapatkan vaksin semasa pandemik COVID-19 berlaku dan akhirnya kita dapatkan ia daripada vaksin pengeluar ketiga. Kali ini Sarawak sudah mempunyai pusat kajian penyakit berjangkit kita sendiri dan kita ada pakar.

“Sebab itu semalam doktor kita bekerjasama dengan pihak Amerika, Jerman dan juga Singapura untuk mencari jalan bagaimana kolaborasi ini boleh menjaminkan kita mempunyai vaksin kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Forum Perniagaan dan Keusahawanan 2023 bertemakan Advancing Asia 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Abang Johari berkata, ancaman kesihatan baharu yang tidak diketahui itu memerlukan kewaspadaan semua pihak mengambil iktibar apa yang berlaku sewaktu pandemik COVID-19.

Sebelum ini, WHO memberi peringatan kepada negara-negara dunia bahawa akan ada wabak yang lebih teruk daripada COVID-19 akan melanda dunia dan negara diminta untuk bersedia menghadapinya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pusat penyelidikan penyakit berjangkit milik Sarawak, Abang Johari berkata, antara peranannya adalah sebagai persediaan menghadapi ancaman penyakit berjangkit lain.

“Sejumlah RM200 juta dilaburkan bagi membangunkan pusat penyelidikan penyakit berjangkit itu dan kita mempunyai pakar termasuk dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Tenaga pakar itu boleh bekerjasama bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit tetapi juga berupaya menghasilkan vaksin bagi penyakit berjangkit,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan