Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di sini kerugian lebih RM17,000 selepas ditipu sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan secara dalam talian. Foto: Envato

Pesara pengawal keselamatan rugi RM717,050 terpedaya pelaburan tidak wujud

IPOH, 7 Okt: Seorang pesara pengawal keselamatan di Tanjong Malim dekat sini berputih mata apabila kerugian wang berjumlah RM717,050 selepas dipercayai ditipu pelaburan atas talian tidak wujud.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa lelaki berusia 67 tahun dikatakan mula terjerat selepas melihat iklan pelaburan mata wang kripto di aplikasi Facebook atas nama sebuah syarikat.

Katanya, mangsa yang berhasrat melabur telah menghubungi ejen syarikat itu yang didakwa berpangkalan di Paris, Perancis.

“Mangsa telah diberikan satu pautan laman web untuk memuat turun aplikasi Yomaex Crypto.

“Selepas membaca syarat-syarat dinyatakan, mangsa telah membuka akaun untuk menyertai pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM8,000 ke dalam akaun yang diberikan bagi mengaktifkan e-dompet dan sebagai modal pelaburan pada 13 Julai lalu.

“Mangsa semakin yakin selepas pelaburan permulaan telah mendapat (pulangan) AS$14,986 (RM70,846) yang dikreditkan ke dalam e-dompet.

“Dia membuat penambahan modal berjumlah RM717,050 membabitkan 17 transaksi ke dalam 10 akaun berbeza dan perlu menunggu tempoh dua bulan untuk tempoh matang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya melihat akaun e-dompetnya telah bertambah menjadi AS$1.5 juta (RM7.09 juta) pada 5 Oktober lalu dan cuba membuat pemindahan keluar, namun gagal.

“Dia terus berhubung dengan pihak syarikat, namun diminta membayar RM300,000 sebagai cukai pindahan wang, tapi mangsa tidak berbuat demikian.

“Pada 6 Oktober (semalam), kira-kira pukul 9 malam mangsa mendapati akaun e-dompet telah kosong dan aplikasi Yomaex Crypto tidak dapat diakses lagi kerana telah disekat Bank Negara Malaysia (BNM).

“Semakan dengan BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati pelaburan itu tidak pernah mendaftar dengan BNM,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan