Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sufian (lima kiri), Hasbi, Dr Abdul Rahman dan tetamu lain bergambar bersama pengusaha produk pelancongan di Limbang. Foto: TVS

Berganding bahu, hidupkan industri pelancongan Limbang yang suram – Hasbi

LIMBANG, 7 Okt: Semua pihak diingatkan agar berganding bahu bagi menghidupkan semula industri pelancongan di daerah Limbang yang melalui episod ‘suram’ akibat pandemik Covid-19 yang lalu.

Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah mendedahkan ketika ini Pejabat Residen dan Daerah melalui jawatankuasa dan Lembaga Pelancongan Limbang bersama  Majlis Daerah Limbang (MDL) giat mengembleng tenaga ke arah itu.

Menurutnya strategi dan kaedah berkesan akan memacu semula pelancongan domestik di daerah berkenaan.

“Kita perlu melihat bagaimana kita hendak menarik semua orang balik ke Limbang, bagaimana kita merancang, atur strategi dan sebagainya dalam menarik kemasukkan pengunjung di seluruh dunia,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Bukit Mas 2023 di Taman Tasik Mas, Limbang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu mengakui banyak sektor pelancongan yang berpotensi dibangunkan di negara ini dan usaha ke arah merancakkan lagi sektor itu perlu diberi tumpuan agar Limbang tidak ketinggalan.

Pada masa sama katanya, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas dalam menarik kemasukkan pengunjung luar dan tempatan termasuk memasuki daerah ini.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telahpun minta supaya Lapangan Terbang Limbang yang ada dipanjangkan, untuk memastikan kapal terbang yang mungkin lebih besar boleh mendarat di Limbang dan membawa pelancong,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan amat diperlukan untuk merangka strategi ampuh dalam mempromosikan pakej produk-produk pelancongan yang ada di Limbang.

Dalam pada itu, Hasbi memberitahu produk pelancongan yang terdapat di Limbang setaraf dengan produk pelancongan yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Beliau menambah Limbang juga mempunyai pelbagai produk pelancongan menarik yang perlu dipromosikan secara agresif kerana keunikkannya sama seperti di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Produk kita di Limbang ini tidak ada bezanya dengan apa yang ada di Kuala Selangor, tidak ada bezanya apa yang kami lihat di Seberang Perai, ada semua di Limbang ini, jadi bagaimana kita mempromosikan mengatur dalam talian, laman web dan sebagainya,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan