Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran memusnahkan rumah panjang tujuh pintu di Kampung Muara Bunut Bintangor. Foto: BBP Bintangor

Rumah Panjang James Brandah Bintangor terbakar 100 peratus

BINTANGOR, 6 Okt: Rumah panjang James Brandah, Muara Bunut Bintangor di sini terbakar 100 peratus pada petang tadi.

Menurut info Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini, laporan kebakaran rumah panjang tujuh pintu itu telah diterima pada 3.30 petang tadi seterusnya kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 4.26 petang, pada Sabtu.

Laporan turut menyatakan blok rumah bersebelahan iaitu kira-kira lima meter telah berjaya diselamatkan pihak bomba.

“Rumah persedirian yang berdekatan turut terjejas iaitu dianggarkan tiga buah rumah terbakar 40 peratus, dewan terbakar 50 peratus dan kesemuanya jenis struktur yang tidak kekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat berita ini ditulis pihak bomba masih menjalankan operasi pemadaman punca kebakaran.

“Setakat ini, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan