Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menyerang seorang lelaki di sebuah kampung di Matu pada Khamis. Foto: IPD Matu Daro

Hampir putus pergelangan tangan diserang guna parang

MATU, 6 Okt: Polis menahan seorang suspek kerana disyaki menyerang seorang lelaki menggunakan parang sehingga hampir putus pergelangan tangan serta kesan tetakan di dahi dan belakang kepala dalam satu kejadian amuk di sebuah kampung di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Neil Beginda berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan selepas satu laporan diterima daripada orang awam mengenai kejadian pada 1 pagi.

“Pihak kami bergegas ke lokasi kejadian dan menemui seorang mangsa lelaki duduk di tangga rumah dengan kesan tetakan di dahi, belakang kepala, pergelangan tangan kanan hampir putus dan ibu jari sebelah kiri,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya , mangsa dihantar ke Klinik Tian dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, polis menangkap suspek bersama parang yang digunakan dalam kejadian itu.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Matu Daro dan direman sehingga 9 Oktober untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kanun keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan