Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Chow Kon Yeow di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sarawak dan Pulau Pinang sedia jalin kerjasama pelbagai bidang

KUCHING, 5 Okt: Pulau Pinang berminat menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dalam bidang digital, tenaga boleh baharu dan industri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata banyak bidang yang boleh diteroka secara kerjasama antara dua kerajaan negeri itu.

“Pihak kami melihat peluang untuk bekerjasama dalam banyak bidang, terutamanya dalam pendigitalan, pembangunan industri dan isu seperti tenaga yang boleh diperbaharui serta pengangkutan awam,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau mengharapkan peluang kerjasama di masa hadapan kerana terdapat banyak bidang boleh beliau manfaatkan daripada Sarawak seperti pendigitalan dan inisiatif bandar pintar.

“Kami akan melihat ke bidang yang mungkin boleh kami teroka dan mengambil peluang untuk bekerjasama,” katanya.

Kon Yeow turut berkunjung ke Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT | IDECS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Transit Aliran Autonomi (ART) serta fasiliti pemprosesan alga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan