Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa lokasi kebakaran membabitkan Rh Sebom, Nanga Masak, Ulu Katibas, Song yang mengorbankan seorang wanita warga emas, semalam. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Rumah panjang terbakar, wanita uzur terkorban

BySaibi Gi

SONG, 5 Okt: Seorang wanita dalam lingkungan umur 90-an terkorban dalam kebakaran Rh Sebom, Nanga Masak, Ulu Katibas, dekat sini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak melaporkan mangsa, Tungkut Angong melecur di bahagian belakang badan dan tangan.

“Maklumat daripada penghuni (rumah panjang) keadaan mangsa sebelum kebakaran adalah uzur dan nazak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jasad mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Rumah panjang 33 pintu berkenaan terbakar sepenuhnya.

Bomba menerima panggilan pada 4.45 petang dan tiba di lokasi pada 8.32 malam. Jarak Balai Bomba dan Penyelamat Song dengan lokasi kejadian ialah 81 kilometer.

“Tiada tindakan pemadaman dilakukan oleh pihak bomba. Pihak bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan tiada kebakaran berulang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan