Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick bersama dif-dif kenamaan merasmikan Hari Vendor 2023 di Kuala Lumpur baru- baru ini. Foto: UEM Edgenta.

KUSKOP iktiraf peranan UEM Edgenta realisasikan Program Pembangunan Vendor

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Okt: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengiktiraf peranan penting rakan strategik swastanya, UEM Edgenta dalam merealisasikan Program Pembangunan Vendor (VDP) yang dikendalikan oleh kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, setakat ini lebih 16 usahawan UEM Edgenta telah mendapat pelbagai manfaat daripada VDP.

“Ini termasuklah Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor, Geran Inovasi dan Pengkomersialan Vendor serta Program Akses Pasaran Antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

UEM Edgenta, syarikat peneraju dalam pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur, baru-baru ini menganjurkan Hari Vendor 2023 bagi menghargai dan memperkukuhkan lagi hubungan dengan para vendor yang telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kecemerlangan syarikat itu.

UEM Edgenta terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Acara dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor KUSKOP itu meneruskan kesinambungan usaha dalam mewujudkan sebuah ekosistem vendor yang terangkum dan kondusif.

Jelas syarikat berkenaan, acara berkenaan juga dapat memastikan komuniti vendor tidak terlepas untuk mendapat manfaat daripada acara-acara pemerkasaan melalui pelbagai inisiatif anjuran KUSKOP.

Sempena acara itu, Ewon turut menyampaikan Anugerah Program Pembangunan Vendor (PPV) yang diterima oleh tujuh usahawan dan Anugerah Khas Prestasi Cemerlang kepada enam usahawan.

UEM Edgenta terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, syarikat itu sentiasa komited memperkukuhkan rangkaian rakan niaganya dalam usaha merealisasikan visi ‘Edgenta of the Future 2025’.

“Kecemerlangan dan kemajuan teknologi dilihat sebagai pendorong utama perkhidmatan perniagaan kami.

“Masa hadapan syarikat dipacu dan direalisasikan melalui penggemblengan tenaga dengan lebih 1,700 vendor yang bergerak sehaluan dengan kami,” katanya yang juga pengarah urusan syarikat itu.

Ketua Pegawai Kewangan UEM Edgenta Hillary Chua pula berkata, mereka turut menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu vendor.

“Antaranya termasuk Program Pembiayaan Vendor (SFP) UEM Edgenta yang dilancarkan pada 30 Ogos 2022, melalui kerjasama bersama HSBC Amanah Malaysia Berhad.

“Program ini menawarkan kemudahan pembiayaan kepada vendor yang berlandaskan Islam/Syariah pertama di Asia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan