Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melawat Ibu Pejabat SMA dan stesen mengisi bahan bakar hidrogen di Sarawak Energy Berhad. Foto: TVS

Ketua Menteri Pulau Pinang lawat SMA, stesen bahan bakar hidrogen di Kuching

KUCHING, 5 Okt: Rombongan Kerajaan Pulau Pinang hari ini melawat Ibu Pejabat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Rombongan Ketua Menteri Chow Kon Yeow itu disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan Pengurus Besar SMA, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng.

Sarawak dan Pulau Pinang sedia jalin kerjasama pelbagai bidang

Sempena lawatan itu, Kon Yeow diberikan taklimat oleh Anderson mengenai peranan dan fungsi penubuhan SMA.

Antara yang dijelaskan termasuk Pelan Tindakan Ekonomi Digital 2030 yang dilancarkan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena dengan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) semalam menggariskan lima tonggak strategi untuk meneraju ekonomi dan masyarakat digital menjelang tahun 2030.

Sarawak dan Pulau Pinang sedia jalin kerjasama pelbagai bidang

Lima tonggak strategi terbabit ialah mengutamakan pembangunan ekonomi, pembangunan perniagaan, perkhidmatan dan sektor awam, penerimaan teknologi terkini dan dasar ekonomi digital.

Sementara itu, pada sebelah petang rombongan tersebut telah mengadakan lawatan ke stesen mengisi bahan bakar hidrogen di Sarawak Energy Berhad bagi merasai pengalaman menaiki Autonomous Rail Transit (ART) berkuasa hidrogen pertama di rantau ini.

Untuk rekod, prototaip ART berkuasa hidrogen itu telah tiba di Terminal Senari, Pending pada 5 Ogos lalu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan latihan kejuruteraan prototaip ART.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan