Search
Close this search box.
Kon Yeow menyerahkan cenderahati kepada Robert Hardin sambil disaksikan Sebastian Ting sempena lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Kemudahan Pengeluaran Mikroalga di Industri Demak Fasa III di sini hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS).

Ketua Menteri Pulau Pinang lawat Kemudahan Pengeluaran Mikroalga Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengunjungi Kemudahan Pengeluaran Mikroalga di Industri Demak Fasa III di sini.

Kon Yeow bersama delegasi Kerajaan Pulau Pinang tiba pada 3 petang dan meluangkan masa sekitar 40 minit melawat salah satu fasiliti pengeluaran alga yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak.

Sarawak dan Pulau Pinang sedia jalin kerjasama pelbagai bidang

Beliau diiringi Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Pada lawatan itu, Kon Yeow diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy, Robert Hardin mengenai proses penghasilan mikroalga yang dijadikan sumber bahan mentah dalam pengeluaran bahan api bio.

Sebelum itu, Kon Yeow turut melawat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Stesen Mengisi Bahan Bakar Hidrogen.

Delegasi Kerajaan Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri kini dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Kuching bermula 3 Oktober lalu.

Beliau semalam turut menghadiri Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT | IDECS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan