Search
Close this search box.
Awang Tengah mempengerusikan mesyuarat khas isu-isu utiliti dan komunikasi di Daerah Lawas petang ini. Foto: Adeng Idrus

Isu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di Lawas perlu ditangani segera – Awang Tengah

LAWAS, 5 Okt: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) diminta untuk mengatasi segera masalah air yang sudah lama membelenggu penduduk di sini, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan termasuk membina lebih banyak tangki aras tinggi di kawasan penduduk padat.

Kata beliau, cadangan itu merupakan antara rancangan jangka sederhana untuk menangani masalah bekalan air bersih sementara menunggu pembinaan infrastruktur mega oleh JBALB bagi perancangan jangka panjang.

“Saya juga mahu Sarawak Energy Berhad (SEB) dan wakil pihak telekomunikasi untuk mengemukakan pelan pembangunan bagi memenuhi keperluan bekalan air bersih, tenaga elektrik dan telekomunikasi.

“Adalah penting untuk JBALB bersama SEB memperkasakan unit perhubungan supaya dapat menyalurkan maklumat lebih pantas dan mesra kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bagi Membincangkan Isu-Isu Utiliti dan Komunikasi di Daerah Lawas di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa

Mengulas lanjut, Awang Tenagh berkata, penjelasan kepada pengguna penting agar mereka faham mengenai masalah yang dihadapi.

“Kita perlu telus dan ini bukan perkara baharu kerana masalah bekalan air adalah sesuatu yang amat penting kepada rakyat,” tegasnya.

Mengulas mengenai isu bekalan elektrik, Awang Tengah meminta SEB untuk menjalankan kerja menyelenggara hidro Bukit Hota di Lawas dan menggunakan enjin penjana elektrik tambahan bagi memastikan bekalan mencukupi.

Mengenai telekomunikasi, Awang Tengah memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengetengahkan isu talian selular dan capaian internet lemah di Lawas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan