Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala merakam gambar kenangan di akhir program Program Malaysia Madani didalam Perkhidmatan Awam bersama CUEPACS dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri. Foto: TVS

Beri ruang Sarawak tambah baik sistem saraan perkhidmatan awam negeri

KUCHING, 5 Okt: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan Sarawak menambah baik sistem saraan perkhidmatan awam di sini berdasarkan kemampuan kewangannya.

Premier Sarawak itu berkata, perkara itu tidak dapat dilakukan berikutan Perkhidmatan Awam Sarawak terikat dengan sistem Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk faedah pencen pegawai awam Sarawak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Skim perkhidmatan penjawat awam negeri bakal diperkenalkan – Abang Johari

Kata beliau, Kerajaan Sarawak yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) harus diberikan ruang untuk menaik taraf sistem perkhidmatan awam negeri membabitkan aspek saraan.

“Kita bersyukur kerana ekonomi Sarawak telah menunjukkan peningkatan hasil mulai 2019 iaitu meningkat satu setengah kali ganda daripada purata RM4 bilion hingga RM5 bilion setahun kepada RM12 bilion pada 2022.

“Oleh itu, saya berani mengusulkan untuk menaik taraf sistem saraan perkhidmatan awam negeri. Kajian sedang diusahakan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala pada Program Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohamad dan Pengarah Unit Pentadbiran Jabatan Premier Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.

Sementara itu, Abang Johari juga mengesa Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius kepada empat perkara yang dibangkitkan oleh CUEPACS berhubung kebajikan penjawat awam.

“Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang telah lama digunakan perlu dikaji semula, termasuk elaun yang diberikan kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga perlu memberi perhatian untuk menyelsaikan isu kuarters terhad terutamanya di kawasan pedalaman bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan