Search
Close this search box.
Belanjawan 2024 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini perlu memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. Foto hiasan: Envato

Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup – Noor Azlan

BANGI, 5 Okt: Belanjawan 2024 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini perlu memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata isu besar yang dihadapi negara adalah tekanan terhadap harga dan bekalan.

“Kalau di Bangi ini, masuk ke pasar raya kita tahu beras dekat mana. Cuba masuk pasar raya, nampak penuh ke, nampak kosong? itu sahaja jawapannya. Rata-rata orang terpaksa pergi dua tiga tempat hendak dapatkan beras yang dimakan.

“Pada masa ini kita tidak bercakap soal mahu menukar telefon bimbit, kita bercakap soal mengisi perut. Itu antara isu semasa yang sangat besar,” kata Noor Azlan pada diskusi pra-Belanjawan 2024 di UKM hari ini.

Beliau menekankan bahawa kejayaan ekonomi adalah kesejahteraan rakyat.

“Kalau ia tidak melimpah kepada keselesaan kehidupan, masih ada masalah dari segi menguruskan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perlu ada model yang berkesan bagi pelaksanaan subsidi bersasar untuk mengelak ketirisan berlaku.

Beliau menambah pengurangan subsidi boleh dibuat secara berkala dan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi kepada mereka yang layak.

“Pindahan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi secara tunai kepada mereka yang betul-betul layak kerana data kes sudah ada,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan