Search
Close this search box.
Seramai 3,553 orang pelajar baharu UNIMAS melafazkan ikrar di Majlis Ikrar Pelajar (MIP) hari ini. Foto TVS.

3,553 pelajar baharu UNIMAS lafaz ikrar

KOTA SAMARAHAN, 4 Okt: Seramai 3,553 orang pelajar melafazkan ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar (MIP) sebagai pelajar baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi sesi Oktober 2023/2024.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, jumlah pelajar yang mendaftar dijangka akan meningkat setelah proses rayuan dibuka nanti.

“Pada setiap tahun, kita akan mengadakan Minggu Aluan Pelajar (MAP) bagi semua pelajar baharu.

“Kesemua mereka akan terlibat mengikuti 49 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di 10 fakulti.

“Kita juga akan membuka proses rayuan dan dijangka seramai 500 orang akan mendaftar dalam masa dua minggu dan ini bakal menjadikan pelajar baharu UNIMAS lebih kurang 4,000 orang,” katanya.

27 pelajar OKU antara 4,235 pelajar baharu di UNIMAS

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir majlis itu di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, UNIMAS hari ini.

Tambah beliau, UNIMAS turut melakukan pelaburan dengan menaik taraf beberapa kemudahan termasuk di Kolej Cempaka bagi memudahkan pelajar orang kurang upaya (OKU).

“Terdapat 27 pelajar OKU diterima masuk tahun ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, salah seorang pelajar baharu OKU cacat penglihatan, Imenwell Isak, 20, yang akan mengikuti jurusan kaunseling berkata, kekurangan bukan penghalang untuknya meneruskan pengajian.

“Saya memilih UNIMAS kerana fasiliti yang disediakan.

“Saya berharap lebih ramai OKU berani untuk menonjolkan bakat dan bersaing untuk mencapai cita-cita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan