Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui media di Majlis Penutupan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada Ahad. Foto: TVS

Sediakan ruang niaga berpotensi untuk PMKS dan peniaga kecil – Awang Tengah

BySalasiah Safian

KUCHING, 1 Okt: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berharap agar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menerima lebih banyak peruntukan menerusi Belanjawan 2024.

Awang Tengah berkata, ini bagi membolehkan kementerian berkenaan terus membantu usahawan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro.

Katanya, ini juga akan dapat meningkatkan kedudukan ekonomi sektor perniagaan berkenaan selain mendapatkan premis.

“Saya ingat dahulu ada program (oleh kerajaan) di kompleks perniagaan yang besar seperti ini.

“Satu badan ditubuhkan supaya (premis) dapat disewa mengikut kemampuan  PKS Bumiputera supaya mereka ada ruang di kompleks perniagaan yang mewah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Showcase Satu Daerah Satu Industri SDSI 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, peniaga kecil termasuk PKS tidak boleh dibiarkan terus beroperasi di ruang niaga yang kurang berpotensi.

Sementara itu, beliau memberitahu PMKS di Malaysia mewakili 97.4 peratus daripada keseluruhan komuniti perniagaan.

Pada 2022 juga katanya, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan PMKS menyumbang 38.4 peratus kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK), 10.5 peratus kepada eksport dan 48.2 peratus kepada guna tenaga negara.

“Ini membuktikan betapa pentingnya PKS ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, bagi 2021 hingga suku ketiga 2023, sebanyak RM49.5 juta telah disalurkan kepada 1,502 usahawan melalui Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS).

Manakala bagi Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) pula, setakat 2021 hingga suku ketiga 2023, sebanyak RM9.74 juta telah diluluskan kepada 82 PKS Bumiputera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan