Search
Close this search box.
Seekor ikan yang didakwa unik sepanjang 30 sentimeter dan seberat 320 gram yang dipancing seorang nelayan di perairan Pulau Kendi dekat George Town. Foto: TVS

Nelayan dakwa pancing ikan unik

GEORGE TOWN, 2 Okt: Seorang nelayan yang memancing ikan di kawasan Pulau Kendi dekat sini mendakwa berjaya menangkap sejenis ikan unik yang belum pernah ditemuinya di perairan negeri ini.

Mohamad Hafiz Mohd Ariffin, 37, berkata, dia terkejut sebaik ikan seberat 320 gram dan sepanjang kira-kira 30 sentimeter itu mengena umpan kailnya.

Ujarnya, ikan berkenaan yang berwarna keperangan kelihatan seperti gabungan dua jenis ikan iaitu bahagian badannya persis ikan sembilang dan kepala seperti ikan gelama.

“Sepanjang menjadi nelayan selama 18 tahun, saya tidak pernah menangkap atau melihat ikan seperti ini.

“Berdasarkan pandangan rakan-rakan nelayan lain, mereka juga terkejut kerana tidak pernah melihat ikan itu dan mendakwa ia mungkin spesis ikan yang hidup di negara lain,” katanya hari ini.

Mohamad Hafiz menunjukkan seekor ikan ‘unik’ yang berjaya dipancingnya. Foto TVS.

Mohamad Hafiz berkata, dia masih menyimpan ikan yang sudah mati itu di dalam peti sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya.

“Saya mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu mengambil untuk mengkaji spesis ikan itu demi manfaat sektor perikanan negara.

“Manalah tahu jika ia adalah ikan laut dalam atau spesis luar yang boleh mengancam ikan di perairan kita,” katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang berkata, berdasarkan penelitikan awal, ikan itu dipercayi jenis ‘Sirembo imberbis’ atau dikenali sebagai ikan belukor batu yang kebiasaannya ditemui di perairan Sarawak.

“Ikan ini memang jarang dapat ditangkap dan kebiasanya terperangkap di dalam pukat tunda di perairan berkenaan.

“Ikan belukor batu adalah ikan dasar laut yang selalunya berada di kawasan yang mempunyai batu karang,” katanya ketika dihubungi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan