Search
Close this search box.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau membantu menyelamatkan tiga wanita selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terbabas di Jalan Pondok Upeh di Balik Pulau hari ini. Foto: JBPM

Tiga wanita nyaris maut MPV jatuh gaung

BALIK PULAU, 1 Okt: Tiga wanita nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung setinggi kira-kira 6 meter dan terbalik di Jalan Pondok Upeh di sini hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berusia 20-an dan 30-an itu termasuk seorang warga Indonesia mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.42 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Pelancong Singapura terkorban van jatuh gaung

“Kemalangan itu didapati membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza yang terbabas di lereng bukit setinggi kira-kira 6 meter.

“Anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan sebelum mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan sebelum operasi ditamatkan pada pukul 11.55 pagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 24 September lalu, seorang wanita dilaporkan terkorban, selepas sebuah van membawa 10 pelancong Singapura terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi kira-kira 6 meter di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting di sini.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku di kawasan selekoh di kawasan tanah tinggi dalam keadaan jalan licin kerana hujan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan