Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni warga emas sewaktu tiba di Sambutan Hari Warga Emas Sedunia peringkat bahagian Samarahan 2023. Foto: TVS

Sarawak usaha dapat status Bandar Mesra Kanak – kanak UNICEF

KOTA SAMARAHAN, 1 Okt: Enam Majlis Perbandaran di Sarawak akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) untuk mendapatkan pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak.

Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, di Malaysia setakat ini hanya Petaling Jaya sahaja dianugerahkan sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak yang dijangka secara rasmi pada bulan ini.

“Kementerian sudah berkerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mendapat panduan namun masih memerlukan kerjasama majlis daerah tempatan.

“Sekarang ini kita sudah dapat lima majlis daerah namun harap akan mencapai enam.

“Ini meliputi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Bandaraya Miri (MBS), Majlis Perbandaran Padawan dan Bintulu,” katanya.

Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian dalam ucapannya di Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Sedunia peringkat bahagian Samarahan 2023 yang berlangsung di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak petang tadi.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Muhammad Zakeria Hattar.

Sehubungan Fatimah berkata, beliau berharap majlis daerah terlibat akan bersungguh-sungguh untuk mencapai status berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan