Search
Close this search box.
Pasukan bomba dari BBP Sri Aman menjalankan operasi pemadaman sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sri Aman-Serian petang Ahad. Foto: BBP Sri Aman

Pemandu berdepan detik cemas, pacuan empat roda terbakar

SRI AMAN, 1 Okt: Seorang pemandu pacuan empat roda berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Jalan Sri Aman-Serian berhampiran Kampung Temudok dekat sini petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3, Penguasa Bomba Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, mangsa yang berusia 38 tahun segera memberhentikan kenderaannya di tengah jalan untuk menyelamatkan diri.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi kejadian pada 6.02 petang terus melakukan operasi pemadaman menggunakan satu saluran bantu mula pam jentera bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, pasukan BBP Sri Aman mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api dan berjaya mengelakkan kenderaan itu mengalami kemusnahan lebih teruk.

Operasi ditamatkan pada 6.12 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan