Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Baram Regatta 2023 di sini, hari ini disaksikan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku ADUN Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala, ADUN Telang Usan, Dennis Anyi Ngau dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalannya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Kekalkan eksklusif, Regata Baram kembali 3 tahun lagi – Dr Penguang

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MARUDI, 30 Sept: Regata Baram akan kembali tiga tahun mendatang selepas ini berikutan keputusan Kerajaan Sarawak mahu menjadikan acara berkenaan kekal eksklusif, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.

Jika sebelum ini kata Penguang, pada Regata Baram 2017 beliau telah menyatakan hasrat rakyat Baram kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar lebih banyak projek infrastruktur dilaksanakan sini.

“Syukur, Premier telah menyahut permohonan kita dengan meluluskan peruntukan berjumlah berbillion ringgit bagi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan ameniti di kawasan Baram semenjak itu,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian pada Majlis Perasmian Baram Regatta 2023 di Tebingan Sungai Marudi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan pengerusi penganjur Regata Baram 2023 turut mendedahkan bahawa projek-projek berkenaan sekarang sedang di dalam pelbagai peringkat pelaksanaan oleh agensi-agensi Kerajaan di kawasan DUN Marudi, Telang Usan dan Mulu.

“Ini semua akan membolehkan kita menikmati kemajuan, menjana ekonomi serta menjalani kehidupan dengan lebih selesa, seperti rakan-rakan kita yang lain di Sarawak.

“Ini adalah selaras dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, iaitu Kemakmuran Ekonomi, Keterangkuman Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Regata Baram 2023 telah menyaksikan sebanyak 370 penyertaan untuk pelbagai kategori perlumbaan.

Turut dipersembahkan adalah perarakan perahu berhias yang menampilkan kepelbagaian etnik di Baram.

Selain itu, sambutan kebudayaan juga diadakan, mempersembahkan budaya dan tradisi.

Pelbagai aktiviti sampingan bermula dari 28 September sehingga 1 Oktober diadakan seperti Pertandingan Ratu Baram Regatta, pertandingan Bintang Baram Regatta, pesta jualan, Perarakan Kebudayaan dan lain-lain lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan