Search
Close this search box.
Persuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. Foto, TVS.

Op Dadu Khas: 133 individu di Sarawak ditahan

KUCHING, 29 Sept: Seramai 133 individuĀ terlibat dalam kegiatan perjudian ditahan menerusi Op Dadu Khas ditahan dalam 129 serbuan di negeri ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

Menurutnya, kesemua individu terbabit terdiri daripada 85 lelaki dan 48 ditahan dalam operasi khas Op Dadu Khas yang bermula 22 September lalu hingga 5 Oktober depan.

“Sepanjang tempoh operasi ini dilancarkan polis turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM20,493, 1 unit tablet, 126 unit telefon pintar dan 10 unit mobile printer,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Sarawak di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, polis telah membuka siasatan kes-kes berkenaan dibawah seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuma denda tidak kurang dari RM10,00 dan tidak lebih dari RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Manakala menurutnya bagi kesalahan di bawah seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih dari RM200,000 dan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Mancha menegaskan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur serta menjalankan kegiatan perjudian haram di negeri itu.

Pada masa sama beliau turut menyeru orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian untuk menyalurkannya melalui hotline whatsapp Op Dadu ditalian 013-5253052.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan