Search
Close this search box.
Kuching Marathon 2023 disertai oleh 10,000 peserta dari dalam dan luar negara. Foto: Kuching Marathon (FB)

12 jalan ditutup sempena Kuching Marathon 2023 Ahad ini

KUCHING, 29 Sept: Terdapat 12 jalan di Bandaraya ini akan ditutup bersempena Kuching Marathon 2023 pada Ahad ini.

Lokasi jalan berkenaan adalah Persimpangan Jalan Main BazaarLebuh Wayang, Jalan Gambier/Jalan Tun Abang Haji Openg/Jalan Main Bazaar, Jalan Lebuh Wayang/Jalan Wawasan, Jalan Borneo/Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Abell ke Jalan Padungan dan Jalan Padungan dari Arah Bulatan Sri Aman.

Enam lagi iaitu Lampu Isyarat RTM/Jalan Satok ke Padang Merdeka, Jalan Haji Taha, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid, Jalan Tunku Abdul Rahman (Tugu Kuching) dan Lampu Isyarat St. Mary menghala ke Lubuh Wayang dan Jalan Mcdougall.

Penutupan akan bermula pukul 12 tengah malam pada hari berkenaan dan akan dibuka semula pada jam 10 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata kerja-kerja pemasangan gerbang permulaan dan penamat iaitu Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl, Jalan Barrack dan Jalan Wawasan akan ditutup pada 30 September 2023, jam 10.00 malam.

“Orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar venue dan pusat bandaraya Kuching adalah dinasihatkan untuk merancang masa perjalanan masing-masing dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan terutamanya berdekatan dengan tapak permulaan dan penamat supaya tidak menganggu laluan larian.

“PDRM memohon kerjasama daripada semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan daripada pegawai polis yang bertugas serta papan tanda sepanjang laluan larian untuk keselamatan peserta,”katanya menerusi kenyataan hari ini..

Dalam pada itu beliau menasihati agar orang ramai atau peserta meletak kenderaan di kawasan ditetapkan iaitu Reservoir Park, Taman Budaya, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Kereta Top Spot, Dewan Suarah dan Medan Letak Kereta Padang Jubilee MBKS.

Kuching Marathon 2023 akan diadakan pada 1 Oktober ini yang bertempat di Padang Merdeka, Kuching dijangka disertai oleh 10,000 peserta daripada dalam dan luar negara.

Larian marathon antarabangsa ini adalah anjuran Kuching Marathon Association (KMA) bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan