Search
Close this search box.
Singapura umum Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana. Foto: Envato

Singapura umum pakej sokongan kos sara hidup S$1.1 bilion

ByBernama

SINGAPURA, 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion (S$1=RM3.43) bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana.

“Ini berdasarkan kepada langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2023,” kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.

MOF berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan seperti di dalam belanjawan dan di luar belanjawan sejak awal tahun lepas, bertujuan membantu rakyat Singapura berdepan dengan masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.

“Walaupun inflasi telah menurun daripada kemuncaknya, isi rumah masih berhadapan dengan kesan kenaikan harga di pelbagai sektor,” katanya.

Kementerian itu berkata Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion akan merangkumi penambahan S$0.8 bilion kepada Pakej Jaminan yang menjadikan jumlah keseluruhannya lebih S$10 bilion.

Pakej itu akan menyaksikan bayaran tambahan sehingga S$200 tunai untuk 2.5 juta warga dewasa Singapura yang layak.

“Secara keseluruhannya, warga dewasa Singapura yang layak akan menerima sehingga S$800 tunai pada Disember 2023,” kata kementerian itu.

Republik itu juga mengumumkan Langkah-Langkah Berkaitan Pengangkutan Awam yang akan mendapat subsidi tambahan kira-kira S$300 juta pada 2024.

“Subsidi tambahan ini membantu menyederhanakan kenaikan tambang dan membayar kos yang lebih tinggi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berikutan harga tenaga yang mengalami kenaikan berterusan pada 2022, inflasi teras dan pertumbuhan gaji yang kukuh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan