Search
Close this search box.
Aiskrim Lada Sarawak hasil inovatif baharu dan kreatif oleh AB Group Trading. Foto: TVS

Aiskrim Lada Sarawak curi perhatian pengunjung Sarawak Agrofest 2023

ByMuqri Aziz

KUCHING, 28 Sept: Aiskrim Gula Apong pastinya menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut kerana memiliki keenakan tersendiri.

Inovasi terkini teknologi makanan menyaksikan muncul pula aiskrim berperisa buah dabai dan terung asam.

Sarawak Agrofest 2023 sedia ruang promosi produk Bumi Kenyalang

Terbaharu, hasil pertanian terkenal Sarawak iaitu lada juga dijadikan sebagai perisa aiskrim.

Pengarah AB Group Trading Abraham Wong. Foto: TVS

Dua usahawan tempatan yang ditemui TVS pada Sarawak Agrofest 2023 yang sedang berlangsung merupakan antara yang menawarkan Aiskrim Lada Sarawak.

Pengarah AB Group Trading, Abraham Wong berkata, dia dan rakan kongsinya yang juga Pengarah AB Group Trading, Bryan Yii Chee Hang menggunakan pentas Sarawak Agrofest sebagai platform unguk mempromosikan produk baharu mereka.

 

Resipi Aiskrim Lada Sarawak dihasilkan sendiri dengan ilham daripada bapa rakannya yang merupakan pengeksport Lada Sarawak. Foto: TVS

“Kami ingin orang ramai tahu tentang Lada Sarawak namun menggunakan pendekatan berbeza apabila mencipta aiskrim berperisa Lada Sarawak.

“Semua orang boleh mencuba aiskrim ini dan menikmati kepedasan kerana menggunakan lada,” katanya.

Selepas Sarawak Agrofest 2023, mereka merancang untuk membuka kiosk di kawasan pelancongan bagi memperkenalkan aiskrim perisa itu kepada pelancong luar.

Kongsinya lagi, mereka akan memperkenalkan perisa baharu namun mengekalkan perisa Lada Sarawak.

“Kami merancang untuk mengeluarkan aiskrim perisa baharu iaitu gabungan lada dan limau namun masih dalam peringkat perancangan dan uji kaji sedang dilakukan,” katanya.

Abraham mahu produk aiskrim berperisa Lada Sarawak berjaya menambat hati pelanggan dan popular seperti Aiskrim Gula Apong dan Aiskrim Dabai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan