Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazami (dua dari kiri) bersama Abang Johari ketika kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. Foto TVS.

DBP terbitkan Dewan Masyarakat Edisi Khas Ekonomi Hijau Sarawak

KUCHING, 27 Sept: Pencapaian Sarawak dalam pembangunan mampan serta transformasi sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini akan diterbitkan dalam Dewan Masyarakat Edisi Khas.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari berkata, penerbitan berkenaan sebagai penghargaan kepada Sarawak yang melakar sejarahnya tersendiri dengan penerokaan ekonomi baharu yang mengutamakan kelestarian alam sekitar.

Kata beliau, DBP akan mengadakan temu bual eksklusif bersempena sambutan 60 tahun kemerdekaan Sarawak yang akan diterbitkan dalam edisi khas itu.

“Sarawak sedang bergerak ke arah negeri maju.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengambil pendekatan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar apabila meneroka ekonomi hijau dan teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Kunjungan itu ujar Hazami bertujuan untuk menjemput Abang Johari untuk merasmikan Seminar Leksikologi dan Leksikografi DBP dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Oktober depan.

Seminar tersebut katanya merupakan penganjuran kali pertama melibatkan pendidikan bahasa etnik sukuan yang terdapat di Borneo.

Sementara itu beliau memberitahu, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha DBP memartabatkan bahasa terutama menerusi penerbitan buku berkaitan Sarawak.

“DBP menerima sumbangan dana daripada Kerajaan Sarawak yang kita gunakan untuk menerbitkan buku-buku khas berkaitan dengan Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan