Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee pada pameran Persidangan Asia-Asia Pasifik mengenai Zoonotik dan Penyakit Tropika Terabai 2023 di Sibu pada hari ini. Foto: TVS

Abang Johari harap kes kematian akibat rabies di Sarawak tidak meningkat

SIBU, 27 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar kes kematian akibat wabak rabies di Sarawak tidak meningkat dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, setakat ini jumlah kes rabies di sini sebanyak 72 kes sejak 2017.

“(Sebanyak) 65 atau 90.3 peratus daripadanya melibatkan kematian.

“Saya sangat berharap agar angka ini tidak akan meningkat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee ketika perasmian Persidangan Asia-Asia Pasifik mengenai Zoonotik dan Penyakit Tropika Terabai 2023 di sini hari ini.

Sementara itu Abang Johari memaklumkan sejak 2017 juga, sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan direkodkan di Sarawak.

Kata beliau walaupun tidak semua melibatkan rabies namun jumlah berkenaan masih membimbangkan.

Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak bakal ditubuhkan | TVS

Dalam pada itu Abang Johari memaklumkan, Kerajaan Sarawak komited untuk membina Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC).

“Kemudahan penyelidikan yang menelan kos sebanyak RM200 juta ini terletak berhampiran Pusat Jantung Sarawak akan mempunyai makmal BSL3 (Biosafety Tahap 3) bertaraf dunia yang akan meningkatkan penyelidikan penyakit berjangkit,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan