Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 316 penerima peringkat Kontinjen Sarawak bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak di Sibu, hari ini. Foto: Polis Sarawak (FB)

316 petugas, pesara PDRM di Zon Tengah Sarawak terima PJPN

SIBU, 27 Sept: Seramai 316 petugas dan pesara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari 12 daerah dalam Zon Tengah Sarawak telah dianugerah  Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) pada majlis penganugerahan Siri 1/2023 peringkat Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Upacara penganugerahan tersebut yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Polis jumpa nota ugutan dan cat merah, empat ‘pekerja’ Ah Long ditahan di Sibu

Mohd Azman berkata pingat itu dianugerahkan, bagi mengenang jasa kepahlawanan mereka yang pernah berkhidmat semasa era darurat di Tanah Melayu di antara 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960, era Insurgensi Komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Dis 1989) serta darurat di Sabah dan Sarawak (1962 hingga 17 Okt 1990).

“Penganugerahan PJPN Siri 1/2023 peringkat Kontinjen Sarawak ini, melibatkan meliputi 12 daerah iaitu Sibu, Sarikei, Betong, Saratok, Kanowit, Julau, Kapit, Song, Meradong, Mukah, Dalat dan Matu Daro,” katanya dalam sidang media selepas penganugerahan tersebut.

Mohd Azman berkata sehingga kini, seramai 2,000 petugas dan pesara PDRM sudah menerima PJPN di Sarawak, sejak penganugerahan itu dimulakan pada 2014.

“PDRM Sarawak akan mengadakan dua lagi istiadat penganugerahan PJPN pada tahun ini, iaitu di Daerah Kuching dan Daerah Sri Aman. Semua pesara dan bekas polis yang layak diingatkan mendaftar segera melalui portal e-pesara,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan