Search
Close this search box.
Kamis Hanis (kiri) bersama pekayuh perahu Bujang Sigat Othman Adi (tengah) dan Yusri Sebi (kanan) bergambar bersama Piala Raja Sungai Pesta Simunjan 2023. Foto: TVS

Strategi kunci kejayaan pasukan Gedong dinobat Raja Sungai Pesta Simunjan 2023

SIMUNJAN, 25 Sept: Strategi menghantar tiga perahu berbeza dari pasukan yang sama berjaya memastikan perahu Bujang Sigat dari Gedong muncul juara perlumbaan Perahu Balok Regata Simunjan 2023 sekali gus dinobatkan sebagai ‘Raja Sungai’.

Berkongsi strategi itu dengan TVS, Pengurus Pasukan, Kamis Hanis, 63, berkata, pada tahun 2019 pasukan yang sama terdiri dari 30 pekayuh lelaki berjaya menjadi juara namun bertanding atas nama perahu iaitu Mahkota Dewa Gedong.

Jelasnya, untuk pertandingan Regata Simunjan tahun ini, pasukan tersebut telah menghantar tiga penyertaan dengan tiga nama perahu berbeza iaitu Mahkota Dewa Gedong, Pulong Terbang dan Bujang Sigat

“Pulong Terbang tidak mengambil bahagian dalam acara akhir tadi, hanya Mahkota Dewa Gedong dan Bujang Sigat sahaja.

“Ini adalah salah satu cara kami untuk mengaburi lawan di mana kami akan membuat pertukaran nama perahu untuk mendapat lorong yang sesuai untuk berlumba.

“Hari ini kami amat bertuah kerana apabila dicabut untuk lorong perlumbaan kami mendapat lorong perlumbaan yang besar,” katanya lagi.

Tambah Kamis, komitmen yang tinggi ditunjukkan pekayuh di bawah pasukannya antara sebab lain kumpulan itu bergelar Raja Sungai Pesta Simunjan 2023.

Kamis berkata demikian selepas ditemui TVS selepas penyampaian hadiah kepada pemenang pada Majlis Penangguhan Pesta Simunjan 2023 yang berlangsung di Tapak Regata Pesta Simunjan petang semalam.

Bujang Sigat berjaya menamatkan perlumbaan sejauh dua kilometer di Sungai Batang Sadong dengan catatan masa 7 minit 24.9 saat mengatasi pencabar terdekat mereka iaitu Intan Terpilih 19 dengan catatan masa 7 minit 30.88 saat.

Bergelar juara, pasukan itu membawa pulang wang tunai RM 20,000 serta Piala Iringan ‘Raja Sungai’ Pesta Simunjan 2023.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, ADUN Simunjan Awla Dris, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Residen Bahagian Samarahan, Irwan Bahari Buang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan