Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilang bola golf milik Launch Technologies Co di Pingtung County. Foto: Reuters

Sembilan maut, seorang hilang dalam kebakaran kilang bola golf di Taiwan

ByBernama

TAIPEI, 25 Sept: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Isnin bagi mengesan seorang pekerja yang hilang dalam letupan di sebuah kilang bola golf di selatan Taiwan yang meragut sembilan nyawa, kata pihak berkuasa tempatan.

Insiden itu berlaku pada Jumaat di kilang milik Launch Technologies Co di Pingtung County.

Api marak selama 28 jam sebelum berjaya dipadamkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pada Isnin kerajaan tempatan berkata tragedi itu mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk empat anggota bomba dan lima pekerja kilang, selain mencederakan lebih 100 orang.

Seorang pekerja masih hilang.

Majistret Daerah Pingtung Chou Chun-mi pada Isnin berkata 15 daripada 56 orang yang dimasukkan ke hospital, dirawat di unit rawatan rapi.

Usaha mencari pekerja yang hilang diteruskan pada Isnin dan analisis DNA diperlukan untuk membantu mengenal pasti kemungkinan mangsa, kata seorang pegawai kerajaan tempatan kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada Isnin, kerajaan tempatan mengumumkan syarikat itu berdepan denda NT$2.4 juta (US$74,651) kerana kegagalannya menguruskan bahan kimia berbahaya.

Perdana Menteri Chen Chien-jen berkata kerajaan pusat telah memperuntukkan NT$7.6 bilion untuk meningkatkan peralatan perkhidmatan bomba.

Chen berkata dalam tempoh terdekat, NT$8 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan