Search
Close this search box.
Sebahagian dari gelagat penyokong pasukan Bujang Sigat yang mengambil bahagian dalam pertandingan lumba perahu balok Regata Simunjan 2023 dirakam lensa TVS. Foto: TVS

Pesta Simunjan 2023 tarik perhatian penduduk luar Simunjan dan Sarawak

SIMUNJAN, 24 Sept: Acara dwitahunan Pesta Simunjan 2023 yang berakhir malam tadi selepas lapan hari berlangsung berjaya menarik perhatian pengunjung luar Simunjan termasuk dari Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, pesta kali keempat sejak diperkenalkan pada 2017 itu turut menobatkan pemenang dari Serian, Padawan dan Sabah bagi beberapa pertandingan.

Antara pertandingan yang dianjurkan termasuk e-sport, pertandingan gendang, futsal dan juga Ratu Simunjan yang menyaksikan peserta luar Simunjan memenangi tempat pertama dan kedua.

“Begitu juga permainan lain seperti Futsal Wanita Terbuka yang menyaksikan pasukan dari Sabah muncul juara,” katanya.

Awla berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Simunjan 2023 yang di Tapak Regata Pesta Simunjan petang tadi.

Ditanya cadangan untuk memanjangkan jumlah hari pesta tersebut untuk edisi mendatang, Awla menjelaskan penganjur mempunyai perancangan itu namun tertakluk kepada sumber kewangan.

Bertemakan Keharmonian dalam Kemeriahan dan slogan #juhnyengokMunjan, Pesta Simunjan 2023 berjaya menarik hampir 100,000 pengunjung ke Pekan Simunjan.

Tarikan utama Pesta Simunjan 2023 ini ialah acara lumba perahu balok atau Regata Simunjan di Sungai Batang Sadong bagi merebut gelaran Raja Sungai Pesta Simunjan 2023.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu di Tapak Regata Pesta Simunjan petang tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Residen Samarahan Irwan Bahari Buang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan