Search
Close this search box.
Van membawa 10 pelancong Singapura terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting di Balik Pulau hari ini. Foto: JBPM

Pelancong Singapura terkorban van jatuh gaung

BALIK PULAU, 24 Sept: Seorang wanita maut, manakala 10 yang lain cedera selepas sebuah van dinaiki sekumpulan pelancong Singapura terjunam ke dalam gaung di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting di sini hari ini.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku ketika kumpulan pelancong tersebut mahu pulang ke hotel penginapan selepas makan malam di kawasan berkenaan.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, N. Prenabaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.20 malam sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi.

Ujarnya, kejadian berlaku apabila sebuah van dipandu warga tempatan yang membawa 10 pelancong dari Singapura telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun bukit setinggi kira-kira 6 meter.

“Selain pemandu lelaki, mangsa lain adalah tiga penumpang lelaki dan tujuh wanita dengan salah seorang daripada wanita itu terkorban.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari van yang terbalik termasuklah mangsa terakhir masih hidup dikeluarkan di kawasan tempat duduk pemandu apabila bomba memotong papan pemuka dan stering van,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, kejadian itu dipercayai berlaku apabila van berwarna putih tersebut terbabas di kawasan selekoh dalam keadaan jalan licin akibat hujan.

“Usaha menyelamat berdepan cabaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan kejadian dan anggota terpaksa mendaki bukit bersama alat kecemasan dan pengusung selama 15 minit.

“Anggota kemudiannya menuruni curam yang licin dalam keadaan gelap sebelum mangsa diselamatkan satu persatu,” katanya lagi.

Katanya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) di sini dan sebahagian lagi ke Hospital Pulau Pinang dekat sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan