Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan ketersediaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Foto: TVS

GPS sedia hadapi PRK DUN Jepak – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditanya pihak media sejurus menerima pengumuman mengenai PRK tersebut.

“Kita bersedia menghadapi PRK ini, Hari Penamaan Calon, kita akan hantar calon. 4 haribulan November orang turun mengundi.

“(Untuk calon) tunggu dulu, dia (Stephen Rundi Utom) jaga Bintulu, di Kemena,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan International Conference on Biotechnology, Smart Farming, and Entrepreneurship for Food Security BioSFE 2023 di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh mengundi untuk PRK DUN Jepak diadakan pada 4 November 2023.

Sehubungan itu, Hari Penamaan Calon diadakan pada 21 Oktober dan undi awal pada 31 Oktober.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga jam 11.59 malam, 3 November.

Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara dibuka bermula 25 September 2023.

PRK Dun Jepak diadakan susulan kematian penyandanganya, Datuk Talib Zulpilip pada 14 September lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan